Minah Karen

Showing posts with label inF0 keSihataN. Show all posts
Showing posts with label inF0 keSihataN. Show all posts

Sep 21, 2013

Shaklee * Alfalfa *


Assalamualaikum   U0ollsss....^_^

Hari-hari yang makin bersinar...alhamdulillah
dengan SHAKLEE ^_^
Walaupon aku bukan ler pengguna yg dah
lama menggunakan produk nie...
tapi aku bersyukur, aku di pertemukan dgn SHAKLEE.

Permulaannyer aku dah berjaya menjadi ahli shaklee..
di bawah tunjuk ajar sahabatku syfa...tq dear
pas 2 aku terus ke branch seberang jaya
utk dapatkan beberapa produk..

tapi ari nie aku nak share tentang 1 produk terbaik shaklee nie...

~ALFALFA COMPLEX~


aku nak share ngn korg sume tentang kelebihan alfalfa


Jom ler kita pakat2 try produk nie...
memang terasa kesan nyer...amin

May 16, 2013

Rahsia Jari Anda


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA.





Oct 20, 2012

Asid Folic




raya yang lepas, sy & mr Right g jenjalan kat tesco Seremban......
bila nmpak farmasi sy tetibe t'ingat nk beli asid folic. Saje je g tnya dekat pembantu farmasi 2....mula2 dia tnya sy nak asid folic yg mna...ada 2 jenis...so ckp la, nak yg nak bagi kuat rahim...so dia bg yg biasa je...murah je la...dlm RM2.00 1 papan.
 then, mai pulak sorg lg, dia suggest guna asid folic nie....



klik kat cnie untuk maklumat tentang Essentials Appeton Asid Folic
 asid folic nie berharga RM29.90 tp sy dpt less 10%.....
kuantiti untuk tiga bulan...so xde la mhl sgt kn....


wat masa sekarang, stok ada lg utk sbln....
bila dah amek asid folic nie, so sy dah bersedia ler untuk mengandung & melahirkan anak...
InsyaAllah...moga Allah S.W.T mengurniakan kami rezeki yang xternilai itu.....amin

Oct 18, 2012

ePal hijau

Epal Hijau
&
Khasiatnya



Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia(boron)pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

copy@Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net